Friday, July 28, 2017

Rekabentuk Tempat Ayam Bertelur Sistem Komuniti Bersih & Selamat


Rekabentuk tempat ayam kampung bertelur mengunakan sistem komuniti (Community Nest).

Kelebihannya
  • Induk ayam betina boleh bertelur dalam satu tempat tanpa had. 
  • Peratus kutipan telur akan meningkat 2-3 kali ganda daripada kaedah biasa.
  • Mengunakan ruang yang kecil 30x20x7 inci sahaja.
  • mengunakan bahan seperti kayu dan papan dengan kadar yang paling minima. Jimat kos.
  • Tidak perlu membuat kotak tempat ayam bertelur dengan banyak sebagai contoh 100 ekor ayam perlu ada 70-80 kotak tempat ayam bertelur.
  • Mempunyai kotak simpanan telur yang berkunci dan boleh dikutip daripada luar reban. Selamat daripada pemangsa termasuk kera, manusia dan ayam itu sendiri.
  • Dapat menghasilkan telur yang bersih dan tidak perlu dicuci dgn air atau sebagainya. Boleh terus masuk dalam inkubator.
  • Dapat mengawal populasi hama/kutu kerana tempat ayam bertelur adalah tempat pembiakan yang paling banyak didapati daripada lain2 kawasan reban.
  • Boleh memuatkan 30 biji telur untuk simpanan sementara didalam kotak simapan telur ayam yg berkunci.
  • Mudah dibersihkan dan diselengarakan secara berkala.
  • Kemas dan menarik untuk susun atur reban yang lebih sistematik. 



Bekas Minuman Ayam Automatik



KENAPA PERLU GUNAKAN ????........AUTOMATIK BELL DRINKER


Kelebihan Bekas minuman ayam automatik dapat membekalkan air minuman bersih setiap masa mengikut keperluan ayam/itik/puyuh dewasa tersebut tanpa sebarang pembaziran. 

 Tidak mengunakan tenaga elektrik, jimat kos (boleh tahan sehingga 3-5 tahun) dan masa (tidak perlu mengisi dan minuman ternakan setiap hari).  

Mudah dibersihkan dan penyebaran penyakit melalui air minuman dapat dikawal. 

Proses pemberian vaksin dan vitamin herba  kepada ternakan amat mudah hanya perlu di letakkan didalam tangki utama sahaja dan ia akan menyalir ke semua unit secara nisbah yang sekata.


 
 
 
 
 
 
 


TERDAPAT JUGA UNTUK ANAK AYAM.....AUTOMATIK CHICK DRINKER


Auto chick drinker atau bekas minuman automatik untuk anak ayam, itik dan puyuh (anak puyuh/puyuh dewasa) 
 
untuk umur sehari sehingga 30 hari tanpa mengunakan tenaga elektrik, jimat kos (boleh tahan sehingga 3-5 tahun) dan masa (tidak perlu mengisi dan memberi ternakan minuman setiap hari). 
 
Mudah dibersihkan dan penyebaran penyakit melalui air minuman dapat dikawal. 
 
Proses pemberian vaksin kepada ternakan amat mudah hanya perlu di letakkan didalam tangki utama sahaja dan ia akan menyalir ke semua unit secara nisbah yang sekata. 

Untuk tempahan & pembelian boleh hubungi DINARA AGRO FARM 


AZAM 012 3327252 

AZAM 012 3327252 

AZAM 012 3327252 

 CALL WHATSAPPS TELEGRAM


 


Saturday, February 18, 2017

ANAK ANGSA PUTIH DAN KELABU GOOSE

Bismillah
ASSALAMULAIKUM W.B.T
DAN SALAM SEJAHTERA

Promosi Bulan Febuari 2017 DINARA AGRO FARM


Anak ANGSA GEBU DARI KAMPUNG untuk jualan


Ternakan kami dari kebun kami
PENJAGAAN DARI INDUK KAMPUNG YANG SIHAT DARI BERTELUR DAN MENETAS


2 pilihan
PUTIH RM 75 SEEKOR👍
KELABU RM 55 SEEKOR👍



UMUR SEKIITAR 3minggu-4minggu

Lokasi felda kemendor jasin melaka
0123327252 ☎️☎️
0123327252 ☎️☎️
0123327252 ☎️☎️

Azam 📞📞📞
Order sementara stok masih ada👍








Monday, January 30, 2017

CARA MEMELIHARA ANGSA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
BISMILLAH
PANDUAN MENTERNAK ANGSA SECARA KOMERSIL
Angsa cepat membesar dan tahan terhadap penyakit. Angsa dapat menjadi ternakan dan penjaga yang baik di pekarangan ladang seperti di DINARA AGRO FARM untuk menjaga haiwan ternakan lain seperti ayam kampung . Angsa menggantikan Anjing untuk mengawal kecurian dan mengelakkan pemangsa dan haiwan liar. Ini kerana angsa garang dan bising.

 
1.PEMILIHAN BAKA ANGSA
Jenis BAKA angsa yang terkenal diantaranya adalah Toulouse, Embden dan African yang tergolong paling berat tubuhnya, Pilgrim yang berat tubuhnya pertengahan dan Chinese yang paling ringan beratnya. pilihlah baka dari induk yang pertumbuhannya paling cepat dan menghasilkan banyak telur.(RUJUK ARTIKEL BAKA ANGSA DUNIA)

 
2.KAWASAN TERNAKAN ANGSA 
Kandang diperlukan sebagai tempat berteduh dari hujan lebat dan angin kencang disamping sebagai tempat tidurnya. 
Ukuran kandang di DINARA AGRO FARM untuk tiap ekor angsa adalah 
1 X 1 meter persegi ditambah 3 sampai 4 X 1 meter persegi.

3.ALATAN MENTERNAK
Bekas Makanan di ladang DINARA AGRO FARM diberikan dalam kandang menggunakan bekas diperbuat dari kayu atau plastik. Kawasan Air minumannya  berada di luar  agar kandang tetap kering. 
Sarang bertelur dibuat dari kotak kayu yang di dalamnya diberi alas dari ketaman kayu atau rumput kering.

 
4.PEMAKANAN
Dalam masa pembiakan, pemberian 15% protein dan vitamin dalam kadar yang sama seperti untuk ayam dalam masa pembiakan. Makanan sebaiknya sentiasa ada,  Makanan ternakan biasa seperti jagung dan  dedak dicampur sayuran atau sisa makanan.Makanan tambahan seperti rumput atau daun-daunan.

 
5.PEMBAKAAN SEMULAJADI
Angsa diternak sepasang atau bertiga.
 Angsa jantan dipasangkan dengan 4 atau 5 betina. 
 Jantan berpasangan dengan betina yang sama dari tahun ke tahun. Jumlah telur yang dihasilan pada tahun ke dua akan lebih banyak dari tahun pertama. 
Induk angsa boleh bertelur sehingga 10 tahun.Jangka hayat sehingga 15tahun

 
6.PENJAGAAN DAN PENYIMPANAN TELUR
Telur hendaklah dikutip setiap hari. Bersihkan jika perlu. 
Suhu yang paling baik pada tempat penyimpanan telur adalah 7 sampai 13°C dengan kelembaban relatif paling kecil 70%.  
Jika penyimpanan telur kurang baik,penetasan menurun setelah telur disimpan 6 - 7 hari. Apabila cara penyimpanannya tepat telur dapat bertahan 10 sampai 14 hari dengan hasil pengentasan yang baik.
 
7.PENETASAN INCUBATOR DAN BROODER
Masa pengeraman telur angsa  adalah
29 sehingga 30 hari. 
Secara semulajadi: 10 - 12biji telur boleh dieramkan oleh seekor ibu angsa
INKUBATOR MANUAL telur perlu diterbalikkan 2-3  kali sehari
INKUBATOR AUTOMATIC mengikut setting dari kilang
Anak Angsa yang baru menetas diletakkan didalam Brooder/induk tiruan berlampu dengan suhu sekitar 30-33°C 
dan ubahkan tempat lebih bersih dan kering pada usia 10hari makanan dedak halus dan jagung halus
air minuman yang cukup dan bersih


SEMOGA ENTRI KALI INI BERMANFAAT UNTUK PELANGGAN DAN PENYOKONG DINARA AGRO FARM

ARTIKEL DISEDIAKAN OLEH 
DINARA AGRO FARM ENT.

SEBARANG KOMEN DAN PERTANYAAN AMAT DIALUKAN

BERMINAT MENDAPATKAN ANGSA DARI LADANG DINARA AGRO FARM????
STOK TERHAD DAN ANGSA SIHAT 
012-332-7252
LOKASI FELDA KEMENDOR JASIN MELAKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...