Thursday, October 9, 2014

PERSATUAN AYAM KAMPUNG

PROJEK AYAM PEDAGING DAN AYAM KAMPUNG

Pengenalan

Kejayaan projek penternakan ayam pedaging telah memberi keyakinan kepada KPD untuk menceburi penternakan ayam kampung secara komersial. Sistem pelaksanaan projek penternakan ayam kampung masih menggunakan pendekatan perladangan kontrak walaubagaimana pun projek ini dikhususkan kepada ketua isi rumah miskin yang tersenarai dibawah E-Kasih melalui program pembasmian kemiskinan 1AZAM.


Ayam Pedaging
 

Di dalam industri penternakan ayam pedaging, harga, kualiti dan kebersihan produk adalah antara faktor utama kepada jaminan pasaran. Maka itu, ladang harus diurus dengan lebih cekap supaya lebih produktif, berdayasaing, mesra alam dan produk sesuai untuk makanan pengguna. Keyakinan tinggi pengguna dan orang ramai terhadap perladangan ayam harus dibentuk melalui satu pengurusan ladang yang bersistem.

Ayam Kampung

Aktiviti penternakan ayam kampung telah wujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri.

Pengembangan sistem dan usaha pembiakbakaan Ayam Kampung secara umumnya bertujuan untuk memenuhi keperluan dalam jumlah dan mutu yang sesuai dengan permintaan tempatan bagi bibit dan daging Ayam Kampung. Rata-rata ayam kampung diternak untuk tujuan makanan dan jika ada lebihan akan dijual untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga dikalangan penduduk yang menternak ayam kampung sekadar untuk hobi.

Potensi perniagaan bagi ayam kampung masih terbuka luas di MALAYSIA. Ayam kampung akan dipasarkan dalam bentuk telur, anak ayam dan ayam dara. Setakat ini belum ada individu maupun syarikat yang menceburi perniagaan ini di dalam skala yang besar. Ini mungkin disebabkan ketiadaan pembekal anak ayam kampung dan juga sifat semulajadi ayam kampung yang lambat membesar.

Sebarang pertanyaan mengenai projek ini bolehlah berhubung terus dengan alamat di bawah:-

Kumpulan Ternakan Ayam Kampung


Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia,
NO PEN:PPM-003-16-07102013
 D/A Seksyen Unggas,
Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan (BPKT),
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia,
Wisma Tani, Blok Podium 1, Lot 4G2, Aras Bawah,
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya

Persatuan Penternak Ayam Kampung Malaysia,
Cawangan Negeri Melaka
Setiausaha PPAKM Cawangan Melaka
AZAM ASMAWI 012 3327252
NO 50 JALAN BUNGA TANJUNG 
FELDA KEMENDOR
77000 JASIN
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...